Shaharir Mohamad Zain: Menormalkan Sains Islam

Tidak ramai intelektual yang berani rentas bidang. Kebanyakannya hanya bertakuk pada bidangnya semata, tanpa cuba melihat hubungan antara bidangnya dengan bidang-bidang yang lain. Dr. Shaharir Mohammad Zain adalah salah seorang intelektual yang bukan sahaja menguasai bidangnya dengan mendalam, tapi juga berani mencabar bidang-bidang lain yang sedia ada.